Tuesday, 7 May 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

PPT

Pada 7/5 pelajar menengah atas telah melakukan ujian PPT yang akan menentukan mereka layak ataupun tidak untuk naik ke pentas.....Mereka bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran untuk bersedia menghadapi peperiksaan ini ...


Admin tak puas hatilah.....
Pada 13/5 pelajar menengah bawah termasuklah pelajar pelajar PBS akan menghadapi PPT jugakkk...
Ini kerana para guru ingin menguji kefahaman dan keintelektual pelajar pelajar PBS ...
Pelajar pelajar PBS sudah lama tidak menghadapi ujian sebegini ...
Admin ni sebagai salah seorang pelajar PBS menyuarakan ketidakpuas hatian kepada PPT tahun ni...
Walupun kami terkejut....
(tapi kami akan melakukan yang terbaik untuk menunjukkan bahawa pelajar PBS juga boleh melakukannya)


KEPUTUSAN KAWAD

KEPUTUSAN KAWAD KAKI

Tahniah kepada peserta peserta kawad kaki yang berjaya diuji oleh pegawai pegawai yang dilantik...
Inilah keputusan yang paling gempakkkkk....

22/4 Kawad kaki PBSM telah menjadi JOHAN bagi kategori NGO...
23/4 Kawad kaki BOMBA mendapat tempat ke-4 bagi kategori NGO ...
24/4 Kawad kaki KRS telah menjadi JUARA..
       
Keputusan ini telah membuahkan hasil bagi menilai ketahanan dan disiplin diri...
Bagi yang dapat tempat pertama layak meneruskan perjuangan mereka ke peringkat yang seterusnya...
Pada 11/5 kedua-dua unit beruniform akan diuji sekali lagi untuk ke peringkat negeri...
Doakan mereka melakukan yang terbaik bagi menaikkan nama sekolah...

Saturday, 20 April 2013

LATIHAN KAWAD KAKI

LATIHAN KAWAD KAKI

Minggu nie sibuk gila...setiap hari ada latihan kawad kaki bagi unit beruniform PBSM,BOMBA,KRS.
Nanti 22/4 hingga 24/4 ada pertandingan kawad kaki,tulah admin sibuk sikit.
22/4 : kawad kaki PBSM
23/4 :kawad kaki BOMBA
24/4 :KRS
Nanti kalau rajin datang la dekat SMK AYER ITAM.Kami will do the best for MASHOOR..




SUKANTARA SEKOLAH

SUKANTARA SEKOLAH

Pada 17/4 sekolah admin  mengadakan sukantara dekat PKSW.Admin pergi ke PKSW dengan berjalan dari sekolah ke PKSW.Pada mulanya,admin ingat tak payah pergi ke PKSW.Tau tak kenapa???
sebab dalam pukul 1.30 ptg hujan lebat gila.Admin dengan kengkawan happy jer..Malangnya hujan berhenti dengan tetiba.Admin macam nak menjerit jer..Korang tau tak penat la jalan kaki..Setiap rumah sukan kena melalui 4 station.Rasa macam adventure jer kan...Pada minggu lepas,rumah sukan admin,Siti Aishah memperoleh markah yang tinggi.Admin ingatkan rumah sukan Siti Hawa dapat markah tertinggi sebab ramai atlit dalam rumah sukan tersebut..Admin pon terkejut bila dapat tau rumah Siti Aishah memperoleh markah tertinggi...(BANGGA JAP ADMIN RUMAH SITI AISHAH)

Tuesday, 2 April 2013

CUTI SEKOLAH KERJA SEKOLAH

Maklumlah cuti sekolah selama seminggu dah bermula,kita sebagai seorang pelajar yang berwibawa seharusnaya membuat jadual harian masa cuti sekolah.

Admin tau yang ramai pelajar tidak suka membuat kerja sekolah (kenapa kena buat dekat rumah padahal nama kerja sekolah??? ).
Masa cuti sekolah tidak sepatutnya guru-guru memberi kerja sekolah (anggapan pelajar )
Sebab bagi pelajar cuti sekolah bermaksud mereka ingin berehat daripada segala tekanan di sekolah.
 ( hahaha.... mungkin jugak!! )

Tuesday, 5 March 2013

ALMASHOORIANS




PROFIL SMKA (P) ALMASHOOR
                         
SMKA(P) AL-MASHOOR merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, ditubuhkan pada 1916 oleh segelintir ulama dan pejuang kemerdekaan dan agama Islam suatu ketika dahulu. Al-Mashoor merupakan nama tokoh ulama keturunan Yaman Habib al-Mashoor bersama-sama Syeikh Syed al-Hadi yang berusaha memperkembangkan ilmu-ilmu agama di kalangan anak-anak penduduk Pulau Pinang awal 1920-an. Tahun 1984, Kementerian telah mengambil alih pentadbiran dan pengurusan sekolah demi memantapkan sistem sekolah serta memperkembangkan sistem Pendidikan Agama ke arah yang lebih Dinamik dan Pro-aktif. Moga-moga matlamat sekolah iaitu 'KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU DAN KESEMPURNAA AKHLAK' menjadi kenyataan yang berkekalan

KEDUDUKAN SMKA(P)ALMASHOOR                          
.

















VISI,MISI DAN MOTO SEKOLAH

VISI SEKOLAH
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.

MISI
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.

MOTO
Beriman, Berilmu & Beramal

SLOGAN
Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak


SEJARAH SEKOLAH 

Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

 LOGO SEKOLAH



Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini.
  • 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 
  • 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerahJuga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 
  • 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 
  • 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 
  • 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman. 

ORGANISASI SEKOLAH



Barisan Pentadbir Sekolah: 
Berdiri dari kiri: 
Ustaz Adnan Yaakob ( GK Kemanusiaan) , 
Ustazah Zainuryati Zakaria (GK Pendidikan Islam), 
Puan Norenjah Bt Abd Rahman (GK Vokasional Teknik), 
En. Mohamed Mohainuddin Md Haniffa (GK Bahasa)
Duduk dari kiri: 
Puan Mazanah Yusoff (PK KOKurikulum), 
Cik Khairana Zain (PK Pentadbiran), 
Puan Solehah Bt Awang (Pengetua),
Puan Che Maznah Jaafar (PK HEM), 
Puan Maizatul Aniza Abd Mulok (PK Tingkatan Enam)

BARISAN GURU

CARTA ORGANISASI SEKOLAH





FIZIKAL SMKA(P) ALMASHOOR

Perkara
Unit
Lokasi
Medan Lim Cheng Teik 10250 Jalan Burmah Pulau Pinang .
Luas
0.75 hektar
Bilangan kelas
20
Bil. Pelajar:
530 (2012)
Bil Staff (Guru)
49 orang
Bil. Staff sokongan
11 orang
Bil. Blok Bangunan
3 blok
Bil. Bilik Darjah
20 buah
Bil Bengkel KH
2 bilik
Bil. Makmal Sains
4 bilik
Perpustakaan
1 bilik
Unit Media
1 unit
Makmal ICT
2 bilik
Bilik Literasi
1 bilik
Bilik Unit Peperiksaan
1 buah
Bilik Buku Teks
1 buah
Kantin
1 buah
Dewan
1 buah
Surau
1 buah
Gelanggang
1 buah
Koperasi
1 unit
Asrama
2 blok


PENCAPAIAN SEKOLAH



ASRAMA SMKA(P) ALMASHOOR



Admin nak cerita pasal asrama pula:

NAMA DIBERI              : ASRAMA PUTERI SMKA(P)ALMASHOOR
JENIS ASRAMA            :  ASRAMA HARIAN
KAPASITI ASRAMA     : 209 PEREMPUAN
WARDEN ASRAMA      : 4 ORANG                                               
ANUGERAH ASRAMA  : LIMA MUTIARA SETIAP TAHUN

LATAR BELAKANG ASRAMA:

Sejarah pembukaan asrama Asrama Puteri Almashoor pada asalnya terletak di Jalan Lunas iaitu blok yang bersambung dgan sekolah sejak tahun 1979.Pada tahun 1987 bilangan pelajar semakin bertambah dan sebahagian pelajar terpakasa ditempatkan di bangunan sekolah Dato Kramat yang telah diubahsuai menjadi asrama dan dapat menempatkan 110 orang  pelajar dan menyewa bangunan di Jalan Scott dan Jalam Rose.Pada tahun 1994 satu blok tambahan berhampiran bangunan tersebut telah dibina untuk menempatkan 56 orang pelajar.Pada tahun 1996  bangunanan yang menempatkan 110 orang pelajar telah dirobohkan untuk dibina bangunan baru.Pada bulan Mei 1999 bangunan baru tersebut mula diduduki dan dapat menempatkan 156 orang pelajar.Semua orang pelajar asrama di Jalan Lunas dipindahkan ke blok baru tersebut.
Kesimpulannya asrama Puteri SMKA AlMashoor sekarang hanya mempunyai dua buah blok sahaja.Dan hanya boleh menempatkan seramai 210 orang pelajar sahaja.

JADUAL HARIAN PELAJAR ASRAMA:

Asrama terletak jauh dari kawasan sekolah lebih kurang 2 kilaometer.Para pelajar terpaksa berulangalik dengan menaiki bas.Olehh sebab demikian,pelajar asrama dikehendaki bangun awal untuk ke sekolah.Sebelum ke sekolah mereka dikehendaki sarapan di asrama.Pada pukul 2.30 ptg mereka akan menikmati makanan tengah hari yang disediakan di kantin sekolah.Pada pukul 3.15 ptg merekan akan prep di sekolah sehingga pukul 4.30 ptg.Kelas yang tertentu sahaja yang akan digunakan.Pada pukul 4.30 ptg mereka akan pulang menaiki bas yang diaturkan oleh pentadbir.Waktu petang,mereka akan riadah mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lujnah Sukan.
Selapas riadah,mereka akan memulakan sesi tadarus mengikut kamar masing masing.Setiausaha kamar akan memainkan peranan dalam membahagikan mukasurat untuk dibaca.6.30 ptg mereka akan menjamu selara makan malam.Selapas itu merekan akan menunaikan solat maghrib berjemaah.Bacaan surah ALWaqiah diteruskan dan diikuti dengan tazkirah ringkas.Solat isya' juga dilakukan secara berjemaah.Mereka akan menjalankan tugas membersih kamar mengikut tugas yang diberi oleh ketua kebersihan kamar.Mereka akan turun ke dewan makan untuk mengambil saper.Jadual mereka diteruskan dengan waktu prep sehingga pukul 11.30 malam.Selesai prep,mereka akan berkumpul di kamar untuk memulakan tadarus  kamar mengikut surah pilihan.Pukul 12.30 tengah malam lampu kamar akan dututup.Pada waktu cuti,mereka akan membuat senamrobik yang diatur oleh Lujnah Sukan.Dan diteruskan pula dengan gotong royong yang dihandle oleh Lujnah 3K.